Maksud: Menjadi marah secara tiba-tiba selalunya dikaitkan
dengan sebab yang tidak diketahui.
Contoh ayat: Semasa perbicaraan sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi,
lelaki di kandang pesalah itu tiba-tiba sahaja naik angin dan
menghamburkan kata-kata kesat kepada hakim.
Maksud: Merujuk kepada nilai maruah dan moral seseorang
Fatimah, supaya pandai-pandailah menjaga harga diri
semasa berada di perantauan.
Maksud: Orang yang kedekut.
Contoh ayat: Dalam filem Labu Labi,Haji Bakhil digambarkan sebagai orang kaya
tangkai jering kerana tidak mahu bersedekah kepada fakir miskin
Maksud: Merujuk kepada orang yang pintar
Contoh ayat: Ali dapat menjawab semua soalan kuiz itu dengan mudah kerana
dia adalah seorang budak yang tajam akal.
Maksud: Tidak tahu hendak memilih yang mana dalam situasi tertentu,
misalnya ketika membeli-belah
Contoh ayat: Aminah dan rakan-rakannya yang mengunjungi pasar raya
ketika Festival Membeli-Belah 2011 baru-baru ini,menjadi
rambang mata kerana semua barangan dijual dengan harga yang amat murah
Maksud: Kecewa
Contoh ayat: Ahmad berputih mata apabila basikal kesayangannya dicuri malam tadi.
Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka dan diterima
sekaligus. Ada kalanya situasi seperti ini dipanggil duit terpijak,
tetapi jarang digunakan sebagai simpulan bahasa yang formal.
Contoh ayat: Pak Abu membeli kereta baru dan menukar ganti perabot-perabot lama di rumahnya
selepas mendapat durian runtuh,iaitu setelah saham-saham yang dibelinya
melambung tinggi.
No comments:
Post a Comment