Sunday, 11 December 2011

SIMPULAN BAHASA



Abang Angkat

Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

 Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

 Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

 Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

 Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.




Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.



Ada Hati

Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.



Adat Balai

Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

Adu Domba = Mengadu Domba
Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.



Anak Gahara
Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.

Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.



Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar 

Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan. 
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya. 

Bangkai Bernyawa 
Maksud: Orang yang tidak berguna. 
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa. 

Batu Loncatan 
Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. 
Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 



Bawah Bendera 

Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa. 
Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris. 




Biang Keladi 
Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan. 
Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini. 



Cacing Gila 
Maksud: Meronta-ronta. 

Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila. 



Cacing Kepanasan 

Maksud: Gelisah. 
Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis. 




Thursday, 8 December 2011

JALAN ISLAM DAN JALAN SYAITAN

 
 
يَآأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِى السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِيْنٌ .  Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ( Al-Baqarah : 208 )

Pengajaran Ayat :

1. Allah SWT memanggil dalam ayat diatas khusus kepada orang-orang yang beriman, kerana Allah menggunakan panggilan ( يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا ), bukan kepada seluruh manusia ( يَاأَيُّهَا النَّاسُ ),  dan bukan pula kepada orang-orang kafir ( يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ كَفَرُوا ).  Dalam ayat diatas Allah SWT menyuruh orang-orang yang beriman agar memasuki agama Islam secara menyeluruh dan mereka dilarang-Nya agar tidak mengikut jalan-jalan syaitan. Menurut Syed Qutub dalam tafisnya ( فِى ظِلَالِ القُرْآنِ ) : Dibawah Naungan Al-Quran, ayat ini memberi isyarat bahawa jalan yang terbentang dihadapan orang yang beriman hanya dua jalan saja, iaitu : Jalan Islam dan Jalan Syaitan. Orang-orang yang beriman wajib merasa tergugah dengan panggilan ini, sebab panggilan ini memang ditujukan kepada mereka. Jangan heran jika sikap non-muslim tidak menghiraukannya sebab ayat ini memang tidak ditujukan kepada mereka. Justeru yang perlu diherankan jika umat Islam tidak mengindahkannya.

    2. Jalan Islam : Jalan yang bersesuaian dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Dengan kata lain, seseorang barulah akan berada dalam Jalan Islam jika dia senantiasa berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah, sebab Islam adalah agama Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia. Islam adalah cara hidup ( نِظَامُ الحَيَاةِ ) atau way of life. Islam bukan hanya mengatur hubungan manusia dengan Allah, seperti : solat, puasa, zakat, haji, nazar, I’tikaf dan lain-lain, tetapi juga mengatur hubungan manusia dengan sesama manusia, seperti : cara berpakaian, cara mencari rezki, cara mengatur rumah tangga, cara makan minum, cara masuk keluar rumah, cara bertutur, cara keluar masuk tandas (WC) dan lain-lain.

      3. Jalan Syaitan : Karena Allah SWT menegaskan dalam ayat diatas bahawa jalan hanya dua, maka dapatlah disimpulkan bahawa selain Jalan Islam adalah Jalan Syaitan. Maksud perkataan syaitan ialah ( بَعِيْدٌ عَنِ الحَقِّ ) : Jauh dari kebenaran.  Sedangkan kebenaran ( الحَقُّ ) pula ialah segala yang datang dari Allah. Allah berfirman : (  الحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُوْنَنَّ مِنَ المُمْتَرِيْنَ  ) : Kebenaran adalah segala yang datang dari Tuhanmu, oleh itu kamu jangan ragu-ragu lagi. (Al-Baqarah : 147) – Rasulullah SAW bersabda : Makanlah kamu dengan tangan kananmu dan minumlah dengan tangan kananmu, sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya. (HR Ibnu Majah). Tolong tanya pada diri anda masing-masing dan kemudian jawap dengan jujur : Anda selama ini ikut jalan Islam atau Jalan Syaitan ? Jika sudah ikut jalan Islam – Al-Hamdulillah – tetapi jika sebaliknya, anda masih ada kesempatan untuk merobahnya dan mengadakan Hijrah Sikap. Semoga Allah SWT memberi Taufiq-Nya kepada kita semua, sehingga senantiasa terbimbing ke Jalan-Nya yang lurus. Amin.    by Abdullah Yasin

      Tuesday, 6 December 2011

      Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi




      Nama Asli dari al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi dikenal di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau dilahirkan di Bukhara.Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
      Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan keahliannya bukan hanya dalam bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logika, aritmatika, geometri, musik, ilmu hitung, sejarah Islam dan kimia.Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropa.Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory yaitu tempat belajar matematika dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercaya untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam berbagai disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematika dan menghasilkan konsep-konsep matematika yang begitu populer yang masih digunakan sampai sekarang.

      PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

      Sumbangsihnya dalam bentuk hasil karya diantaranya ialah :
      1. Al-Jabr wa’l Muqabalah :
       Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
      2.Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah :
      Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematika dan mengemukakan 800 buah masalah yang sebagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

      3.Sistem Nomor :
      Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem Nomor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam geometri.
      Banyak lagi konsep dalam matematika yang telah diperkenalkan al-khawarizmi . Bidang astronomi juga membuat al-Khawarizmi terkenal. Astronomi dapat diartikan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

      Pribadi al-Khawarizmi
      Kepribadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam maupun dunia Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan bahwa“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur….” Dalam hal ini Al-Khawarizmi. Tokoh lain, Wiedmann berkata…." al-Khawarizmi mempunyai kepribadian yang teguh dan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains".
      Beberapa cabang ilmu dalam Matematika yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi seperti: geometri, aljabar, aritmatika dan lain-lain. Geometri merupakan cabang kedua dalam matematika. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ yang berarti bumi dan ‘metri’ berarti pengukuran. Dari segi ilmu, geometri adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubungan dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Yunani sebagai satu sains dalam kurun abad ke 6 SM. Seterusnya sarjana Islam telah menyempurnakan kaidah pendidikan sains ini terutama pada abad ke9M.Algebra/aljabar merupakan nadi matematika. Karya Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropa pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab
      al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.
      Di sunting dari berbagai sumber.
      assalamualaikum..

      Friday, 2 December 2011

      Simpulan Bahasa

               
      Maksud: Menjadi marah secara tiba-tiba selalunya dikaitkan 
      dengan sebab yang tidak diketahui.

           Contoh ayat: Semasa perbicaraan sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi,
                               lelaki di kandang pesalah itu tiba-tiba sahaja naik angin dan
                            menghamburkan kata-kata kesat kepada hakim.


                   
      Maksud: Merujuk kepada nilai maruah dan moral seseorang

                                   Contoh ayat: Mak Limah berpesan kepada anak perempuannya,
                                           Fatimah, supaya pandai-pandailah menjaga harga diri 
                                                           semasa berada di perantauan.


                 
           Maksud: Orang yang kedekut.

      Contoh ayat: Dalam filem Labu Labi,Haji Bakhil digambarkan sebagai orang kaya
                         tangkai jering kerana tidak mahu bersedekah kepada fakir miskin



                   
              Maksud: Merujuk kepada orang yang pintar

             Contoh ayat: Ali dapat menjawab semua soalan kuiz itu dengan mudah kerana 
            dia adalah seorang budak yang tajam akal.


                      
          Maksud: Tidak tahu hendak memilih yang mana dalam situasi tertentu,
        misalnya ketika membeli-belah

       Contoh ayat: Aminah dan rakan-rakannya yang mengunjungi pasar raya 
                            ketika Festival Membeli-Belah 2011 baru-baru ini,menjadi 
                        rambang mata kerana semua barangan dijual dengan harga yang amat murah


                  
           Maksud: Kecewa

       Contoh ayat: Ahmad berputih mata apabila basikal kesayangannya dicuri malam tadi.


                
       Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka dan diterima 
                   sekaligus. Ada kalanya situasi seperti ini dipanggil duit terpijak,
                   tetapi jarang digunakan sebagai simpulan bahasa yang formal.

      Contoh ayat: Pak Abu membeli kereta baru dan menukar ganti perabot-perabot lama di rumahnya
             selepas mendapat durian runtuh,iaitu setelah saham-saham yang dibelinya 
       melambung tinggi.